Monday, November 3, 2008

Bulu Mata...


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak
demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan
perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan
dirimu sendiri ke dalam dosa"

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruangyang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang
engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu
sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak
dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka
kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara
yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin
mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat
menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka
dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

MORAL:

Sebagai Muslim, kita janganlah sekali-kali berputus asa dari
mengharapkan rahmat Allah walaupun kita punya sejarah yang hitam. Apa
yang penting ialah bertaubat atas segala kesalahan dan keterlanjuran.
Tapi kisah ini bukan pula jadi tiket untuk kita buat dosa. Ada orang
berfikir 'masa muda ini enjoylah puas-puas, nanti dah tua baru
taubat'. Ini cara berfikir yang salah. Belum tentu kita boleh capai
umur tua. Ramai yang telah pulang ke rahmat Allah ketika umur masih
terlalu muda. Taubat sebaiknya dilakukan setiap hari, dilakukan
semasa muhasabah diri, yang sebaiknya dilakukan setiap hari juga

No comments: